Reading Time: 2 minutes

Nak kulit cerah dan berseri? Ingin tulang kuat dan sihat? Nak semua manfaat kolagen dengan makanan harian anda sahaja? Boleh! Tak caya? Teruskan baca ni!

Kolagen memainkan peranan penting dalam tubuh manusia. Ia terlibat dalam pembentukan struktur, kekenyalan, dan peregangan kepada kulit, otot, tulang, dan tisu perantara anda. Namun begitu, produksi kolagen semakin menurun seiring bertambahnya usia. Oleh itu, anda perlu mengimbanginya dengan makanan yang kaya kolagen. Dalam artikel ini, mengenal pastikanlah 5 jenis sumber makanan yang kaya kolagen!


  1. Sedap, sedap, sedap! -Kaldu tulang
Pengambilan kolagen bagus untuk tulang, kulit dan otot kita.

Kaldu tulang adalah makanan pertama yang ramai orang tahu ia mengandungi kolagen. Tetapi, mereka tidak pasti kenapa sebenarnya ia begitu berharga? Kaldu tulang dibuat dari tulang dan gigi binatang yang dibakar selama berjam-jam. Proses ini boleh menghasilkan kandungan kolagen hingga 10 kali lebih banyak berbanding tulang mentah.


  1. Protein yang penuh omega-3 & kolagen -Ikan

Ikan adalah sumber makanan yang seimbang dan lengkap kerana ia mengandungi pelbagai jenis nutrien di dalamnya. Antara khasiat ikan adalah untuk membantu tubuh badan dalam proses penting pembentukan kolagen. Anda boleh mencuba ikan seperti salmon, tuna, dan sarden untuk mendapatkan manfaatnya.


  1. Selalunya kita makan -Ayam

Ayam juga kaya dengan kolagen dan banyak lagi nutrien penting bagi tubuh badan anda. Ia mengandungi sejenis kolagen yang dikenali sebagai kolagen tipe 2. Kolagen tipe 2 ini boleh membantu anda untuk mendapatkan pergerakan tulang yang lebih lancar dan bertenaga.


  1. Tak sangka kan? -Kacang
Tingkatkan pengambilan kolagen secara semulajadi dengan makanan ini

Kedelai dan kacang-kacangan juga adalah sumber kolagenyang baik. Kedelai mengandungi sejenis kolagen yang dikenali sebagai peptida kolagen tipe 2. Peptida kolagen tipe 2 ini membantu meningkatkan struktur tulang dan sendi.


  1. Kaya dengan Vitamin C juga -Sayur-sayuran hijau

Kandungan zat besi, magnesium, dan kalsium dalam sayur-sayuran hijau sangat penting untuk pembentukan kolagen. Selain itu, sayur-sayuran hijau juga mengandungi senyawa antioksidan yang baik untuk melindungi sel-sel kolagen dalam tubuh anda. Anda boleh makan sayur-sayuran hijau seperti brokoli, bayam, dan kembang kol.

Tengok! Makanan biasa pun boleh membekalkan anda dengan kolagen yang anda perlu untuk badan anda.

Tapi, is harus dikatakan bahawa pengambilan suplemen kolagen memang cara yang lebih mudah dan sama-sama efektif. Kalau anda seseorang yang tidak ada masa untuk masak ataupun makan,tapi ingin tubuh dan kulit sihat, ambil suplemen kolagen je! Tentulah jika anda boleh memakan ayam, ikan, kaldu tulang, semua tu, lebih bagus! Ini kerana, selain kolagen, makanan-makanan yang dibincangkan juga padat dengan nutrien lain. Yang mana pilihan lebih bagus? Terpulanglah kepada anda!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *